Selamatkan dia atau selamatkan diri sendiri? // 8 Mar 2017
|
March 08, 2017 |
Aku tak suka jenis yang cakap belakang, sebab bagi aku takkan ada sebarang hasil. Dia tak tahu dan tak sedar salah dia dan kau takkan berhenti dari rasa sakit hati dia terus buat perkara yang sama. Ini soalan untuk kau jawab. Kau nak selamatkan dia atau kau nak selamatkan diri kau sendiri?
Apa maksud aku dengan kau nak selamatkan diri kau sendiri? Kau nampak dia menzalimi diri dia sendiri, kau terus berkata itu ini dengan orang lain. Kau berbincang itu ini tapi sekali pun, sekali pun kau tak pernah cuba duduk rapat dan bercakap dari hati ke hati dengan dia. Kau bercakap seolah olah kau peduli tentang dia, hakikatnya tak, apa yang kau peduli hanya diri kau sendiri. Kau bercakap tentang salah dia pada orang lain, tapi tidak pada dia. Sebenarnya kau langsung takda usaha nak bagi dia kesedaran dan kefahaman, segala kata kata kau hanya sebagai satu keyakinan bahawa kau lebih baik dari dia, seolah olah kau meyakinkan orang lain yang kau lebih mulia, seolah olah kau berkata pada Tuhan, dia lebih hina, pilihlah dia menjadi ahli neraka dan bukannya aku. Kau seolah olah menawarkan pengorbanan kepada Tuhan supaya kau terselamat. Itu bukan caranya. Kau silap, dan kau tak faham.
Jangan lepaskan kalau betul kau kisah.
Jangan sisihkan kalau betul kau peduli. Jangan menghukum kalau betul kau hargai. Jangan menghina kalau betul kau kasihani.
Salam,
Gekozen.
|