ABOUT LINKS TAG
about


Gekozen, gelaran diberi dan dibawa sejak mula mengenal dunia hitam dan putih. Seorang penggerak kebangkitan yang berasal dari tanah selatan, Johor Darul Takzim. Bergerak dalam bayang mencetus anjakan paradigma dalam fikiran saudara sesyahadah melalui penulisan dan penyampaian buah fikiran melalui twitter, @gekozen_. Tak perlu kenal siapa diri, cukup hayati apa yang dikongsi.

Image and video hosting by TinyPic

Bila dah tersungkur baru ingat Tuhan? // 9 Jan 2017
January 09, 2017
Bagi aku, bila dah tersungkur baru ingat Tuhan tu perkara biasa. Ujian tu Tuhan hadirkan dalam hidup kita supaya yang selama ni leka, selama ni terbuai dengan mimpi mimpi lena tersedar dan mengakui realiti dunia. Kalau seseorang tu memilih untuk kembali kepada Tuhan dan Tuhan menerima dia kembali, siapa kita nak berkata sebaliknya?

Dalam tak sedar, ramai tak percaya Tuhan. Antara kita membuang Dia terus dari hati, atau meletakkan Dia dalam maqam yang tak sepatutnya, memperkecilkan kemampuanNya. Ramai keliru dalam mencari jalan untuk menghilangkan beban yang dia tanggung, nak terus kuat dalam hadapi masalah yang ada, dan mencari bahagia walaupun seketika. Sesetengah orang, lagi dia tersepit lagi dia tak fikir panjang asalkan masalah dia cepat selesai, tanpa memikirkan adat, adab dan peraturan.

Baik atau buruknya seseorang bila kita menilai, tu hanya berdasarkan apa yang kita nampak. Pengetahuan kita yang terhad membataskan kefahaman kita tentang seseorang ataupun sesuatu perkara. Kekal bersama, jangan sisihkan. Perasaan terasing tu yang banyak menganggu jiwa seseorang dan menjadikan masalah sedia ada lebih teruk.

Sebab tu, kita sepatutnya terima dengan hati yang terbuka mereka yang baru ingat Tuhan lepas dah tersungkur. Kalau semasa dia di puncak dan kembali lupa diri, kitaran yang sama akan berulang sampai dia faham dengan jelas dan nyata. Jangan cuba ambil alih kerja Tuhan, dan jangan sampai lupa diri tu insan.