Yakin diri // 13 May 2016
|
May 13, 2016 |
Dulu semuanya berbeza. Sebelum aku terjatuh dan bangun balik, aku tak berani, langsung takda keyakinan diri. Aku tak berani nak luah pendapat aku, aku tak berani nak buat apa apa sebab malu, segan tak bertempat dan tak berasas. Bila aku melalui satu dunia yang memaksa aku survive dengan kudrat sendiri, aku taknak pilihan lain selain menjadi berani. Orang kata, bila bertarung ada dua kemungkinan, kau takut dia berani, kau berani dia takut. Kemudian aku dididik untuk menjadi berani kerana benar, pengaplikasian dalam kehidupan agak sukar walaupun teorinya mudah, tapi sikit sikit ianya sebati. Aku mula jadi berani kerana aku yakin diri. Perlu yakin sebab kat luar sana belum tentu ada yang akan yakin dengan kau, kalau kau sendiri tak yakin dengan diri kau sendiri, itu satu kerugian. Keyakinan mendorong kekuatan, dan kekuatan ni menarik kejayaan. |