Silence is golden // 16 May 2016
|
May 16, 2016 |
Menjadi kuat bukannya mudah, lebih lebih lagi menjadi kuat untuk orang lain. Aku pandang kehidupan ni sebagai suatu persinggahan, tapi bagi aku, sekurang kurangnya aku dapat menjadi satu memori. Kebiasaan bagi aku untuk menyorokkan sebarang perasaan yang menunjukkan aku lemah, sebab bagi aku kelemahan yang nyata di mata kasar menjadi tarikan bagi mereka yang mempunya masalah hati, lebih baik berhati hati. Bukan kepercayaan aku susah diperoleh, tapi aku suka mengecilkan risiko daripada sebarang ancaman. Mudah terhibur, walaupun dengan benda benda remeh, sebab aku perlu sekecil kecil kebahagiaan untuk menutup kegelapan dalam hati.
Menjadi persoalan yang berlegar legar dalam benak pemikiran, apakah persahabatan akan kekal, bagaimana pulak sebuah permusuhan? Persoalan ni menjadi sebab aku cuba rahsiakan apa yang aku rasa waima dengan orang orang yang rapat. Mereka tak salah, cuma aku berhati hati.
Macam mana pun, aku masih bagi peluang bagi mereka yang berusaha, untuk mengelakkan diri dari diperbodohkan, selalunya aku hanya beri 2 peluang. Satu untuk mereka belajar, satu untuk aku hapuskan mereka kalau masih mencuba memperbodohkan aku. 2 minit, selalunya 2 minit reaksi jujur aku akan kelihatan, kemudian aku cuma menutup ruang kelemahan. Bagi aku, ni cuma satu defence-mechanism aku dari sebarang kesakitan, bukan sepanjang masa tapi bila perlu.
Aku lebih suka berdiam diri selepas amaran dah aku berikan. Memerhati sejauh mana mereka menjadi kalau tiada siapa tegur apa yang mereka lakukan. Menjadi lumrah manusia, lena dalam satu perjalanan, suka aku perhatikan sejauh mana mereka terbuai dengan nafsu. Sejauh mana mereka cuba memperbodohkan aku dengan penipuan mereka. Mereka sepatutnya ingat kata kata aku, aku dah bagi amaran, suatu kebodohan bagi aku untuk ulang berkali kali.
3 pantang dalam hidup yang aku pegang, jangan ganggu keluarga aku, jangan ganggu hak aku, jangan koyak maruah aku. 3 pantang yang patut kau hati hati dalam sebarang langkah, takut tersadung nanti luka parah. Kadang kadang masa lalu masih merantai diri sendiri, susah nak buang tabiat diri.
|