ABOUT LINKS TAG
about


Gekozen, gelaran diberi dan dibawa sejak mula mengenal dunia hitam dan putih. Seorang penggerak kebangkitan yang berasal dari tanah selatan, Johor Darul Takzim. Bergerak dalam bayang mencetus anjakan paradigma dalam fikiran saudara sesyahadah melalui penulisan dan penyampaian buah fikiran melalui twitter, @gekozen_. Tak perlu kenal siapa diri, cukup hayati apa yang dikongsi.

Image and video hosting by TinyPic

Nukilan seorang pendosa // 12 May 2016
May 12, 2016
Menjadi norma masyarakat sekarang, mudah sekali seorang sahabat menjadi hakim tak bertauliah dan menjadi penjatuh hukum kepada sahabatnya yang lain. Menjadi kebiasaan sekarang apabila seseorang membuat dosa yang menjadi nyata untuk disedari, komuniti akan membenci dia bukan sahaja dosa yang dilakukan. Ada beza antara membenci dosa dan membenci pelakunya. Sekiranya pelakunya dibenci, kebencian di hati menghalang sebarang gerakan teguran yang berhikmah dan berkesan.

Sebagai seorang pendosa, ketakutan utama aku bila orang orang yang aku sayang, orang yang aku sangka akan sentiasa bersama aku, orang yang aku sangka takkan putus asa dengan aku, membuat aku rasa terasing. Kebiasannya, seseorang mengenali dunia gelap kerana dalam fasa memberontak, ketika remaja, akibat keadaan sekeliling, qarin dalam badan yang membisik, nafsu yang menjadi pendorong, dan syaitan sebagai sahabat, kehidupan dunia gelap menjadi serasi dalam hati.

Pandangan benci seorang sahabat terhadap seorang sahabatnya yang lain kerana tersilap langkah menjatuhkan keyakinan diri seseorang, membuat dia rasa serba salah, menjadikan seseorang hilang arah dan harapan dalam diri, kerana sahabat yang disangka akan menjadi penyelamat, menjadi penjatuh hukum syurga neraka padanya sendiri. Hasilnya, pengasingan diri dari kelompok 'suci' dan penglibatan dalam komuniti dunia gelap yang lebih memahami fasa memberontak dan akhirnya menjadi sebati dalam hati. Jangan pernah putus asa dengan seorang sahabat, jangan jadi penjatuh hukum, itu bukan tugas kau, jadilah seorang penyelamat yang berhikmah.