ABOUT LINKS TAG
about


Gekozen, gelaran diberi dan dibawa sejak mula mengenal dunia hitam dan putih. Seorang penggerak kebangkitan yang berasal dari tanah selatan, Johor Darul Takzim. Bergerak dalam bayang mencetus anjakan paradigma dalam fikiran saudara sesyahadah melalui penulisan dan penyampaian buah fikiran melalui twitter, @gekozen_. Tak perlu kenal siapa diri, cukup hayati apa yang dikongsi.

Image and video hosting by TinyPic

La hawla wala quwwata illa billahil aliyy'al azeem // 13 May 2016
May 13, 2016
La hawla wala quwwata illa billahil aliyy'al azeem. Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah swt. Kita selalu terlepas pandang dan leka dengan bantuan Allah, yang biasa datang dalam bentuk yang tak pernah kita sangka. Bila Allah nak hadirkan kekuatan, dia beri ujian, bila Allah nak beri ketenangan, dia beri ujian yang buat kita jatuh dan akhirnya merintih dan kembali kepada Dia. Hanya dengan kembali kepada Dia, kita peroleh ketenangan. Bila kita dapat membinasakan segala makhluk, baru kita dapat 'rasa' Allah. Hanya dengan zikrullah, kita dapat merasai Allah. Zikrullah membersihkan segala titik hitam dalam hati, kemudian menjadi teman dalam setiap perbuatan sebagai penyelamat, kemudian menjadi sebati dalam setiap aliran nafas dan darah, kemudian baru dapat kita merasai Allah. Hanya dengan dekatkan diri dengan Allah, baru kita dapat menjauhi musuh kita yang nyata, iaitu syaitan. Bertawakal lah kepadaNya, kerana Dia sebaik baik pelindung, yang lebih dekat dari urat leher kita. Dengan bertawakal dan yakin bahawa tiada daya upaya melainkan dengan bantuan Allah, kau akan sedar tentang kebesaran Allah swt.