Kuasa berlapang dada dan bersangka baik. // 12 May 2016
|
May 12, 2016 |
Bukan mudah bagi seseorang untuk berlapang dada dalam menghadapi perjalanan sebuah kehidupan. Berlapang dada dengan apapun yang berlaku bukti bahawa kita bersangka baik dengan perancangan Allah. Perancangan Allah sentiasa adil, tepat pada masanya, dan terbaik buat hambaNya berbanding perancangan seorang hamba yang banyak cacat celanya. Dengan keyakinan yang utuh kepada Allah swt baru memungkinkan kita menjadi seorang yang berlapang dada. Bukan mudah, sebab kita perlu mencapai maqam nafsu dimana kita berjaya membuang sebarang sifat mazmumah dan menyaksikan sebuah penyerahan total kepada Dia. Belajar mengawal nafsu, belajar kenali diri, kemudian kau akan dapat mengenali dan merasai Tuhan, secara dalam tidak sedar, baru kau mencapai hakikat kebahagiaan, bahagia dengan perancangan Dia yang serba sempurna. Semoga istiqamah dalam mujahadah. |