Keyakinan pada rezeki yang telah ditetapkan. // 16 May 2016
|
May 16, 2016 |
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan kepadanya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka; dan barangsiapa berserah diri kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya; Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan segala yang dikehendakiNya dan Allah telah menetapkan takdir dan ketentuan bagi setiap sesuatu." -At-Tholaq ( QS 65:2-3 )- Berdasarkan pemerhatian, skop rezeki kian dikecilkan hanya pada wang ringgit, sedangkan konsep rezeki luas meliputi kesihatan tubuh badan, kebahagiaan dalam sesebuah keluarga, permudahnya sesebuah urusan dan lain lain. Keyakinan kepada rezeki yang telah ditetapkan menjadikan seseorang berlapang dada dengan sebarang ujian. Keyakinan bahawa Allah akan sediakan jalan keluar setelah memberikan ujian. Kita terlalu terikat dengan dunia, hingga kita risau. Sedangkan Allah dah memberi janji akan mencukupkan segala keperluan kita, nikmat apakah yang mereka cuba nafikan? Berpegang teguh pada tali agama, nescaya kau akan selamat. Aslim taslam. Dia adalah sebaik baik perancangan, kita lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita, adil dalam kuantiti, kualiti, keadaan dan ketika, berlapang dadalah dengan jalan yang Allah tunjukkan, yakin jalan tu terbaik untuk kita. Berusahalah, berdoalah, kemudian bertawakallah. Allah itu Maha Adil, juga Maha Mengetahui, Dia pasti memberi sesuatu selayaknya dan yang terbaik sejajar dengan usaha kita. Redha. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar, dan itu merupakan sebuah rahmat. |