ABOUT LINKS TAG
about


Gekozen, gelaran diberi dan dibawa sejak mula mengenal dunia hitam dan putih. Seorang penggerak kebangkitan yang berasal dari tanah selatan, Johor Darul Takzim. Bergerak dalam bayang mencetus anjakan paradigma dalam fikiran saudara sesyahadah melalui penulisan dan penyampaian buah fikiran melalui twitter, @gekozen_. Tak perlu kenal siapa diri, cukup hayati apa yang dikongsi.

Image and video hosting by TinyPic

It's not just about the money. // 14 May 2016
May 14, 2016
Duit merupakan faktor utama sesetengah orang memulakan sebarang perniagaan. Kita sedia maklum bahawa 9 daripada 10 jalan untuk menjadi kaya adalah dengan meniaga. Tapi aku melihat perniagaan dari satu sisi dari berbeza. Aku menyaksikan perniagaan mampu memajukan diri seseorang dalam aspek pembentukan modal insan. Itu sebab utama kenapa aku mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan semasa zaman belajar, kerana aku ingin memajukan diri. Tak kisah bentuk perniagaan apa yang kau jalankan, kau akan belajar beberapa perkara yang menjadi bonus pada diri sebelum ia memajukan perniagaan yang kau jalankan.

Dengan berniaga, aku menjadi lebih berani dan belajar cara berurusan dengan orang lain. Aku memandang diri aku yang dulu sebagai seorang yang segan tak bertempat. Semua benda aku malu nak buat sebab sibuk memikirkan pandangan orang lain. Tapi dengan berniaga, aku terpaksa melalui satu fasa memaksa diri untuk berani. Kalau aku tak buang ketakutan yang tak berasas dalam diri, susah aku nak mengerakkan perniagaan aku. Setelah melalui proses yang panjang, keberanian dan ilmu yang aku peroleh untuk 'membaca' orang lain menjadi satu bonus dalam hidup.

Dengan berniaga, seseorang boleh belajar menjadi seorang leader dan seorang team-player. Bersedia untuk belajar dan mengajar untuk lebih memajukan diri. Softskills yang amat berguna dalam bidang pekerjaan. Belajar untuk membuat keputusan dengan pantas, belajar untuk lead sesebuah team untuk capai satu objektif. Bersedia untuk belajar bekerjasama dengan orang lain, menerima kepimpinan dari orang lain.

Dengan berniaga, seseorang dididik belajar memberi untuk menerima, dan penyerahan total kepada Allah swt. Keyakinan dengan janji Allah swt tentang sedekah merupakan satu kelebihan seorang muslim. Yakin, membawa sebuah perbezaan. Segala usaha memajukan business juga patut dipandang sebagai satu usaha ibadah mengejar redhaNya, bukan sekadar mengejar dunia. Usaha dan tawakal.