ABOUT LINKS TAG
about


Gekozen, gelaran diberi dan dibawa sejak mula mengenal dunia hitam dan putih. Seorang penggerak kebangkitan yang berasal dari tanah selatan, Johor Darul Takzim. Bergerak dalam bayang mencetus anjakan paradigma dalam fikiran saudara sesyahadah melalui penulisan dan penyampaian buah fikiran melalui twitter, @gekozen_. Tak perlu kenal siapa diri, cukup hayati apa yang dikongsi.

Image and video hosting by TinyPic

Overcome my fears, and spread my wings. // 11 May 2017
May 11, 2017
Things getting clearer than ever, I started to see the light at the end of the tunnel. The darkest night will end soon, and the dawn is coming. I'd been struggling in silence, cause it's my nature to keep everything by myself and I'm totally okay with that. I managed to survive because the faith that I have in my heart, and great accompany. People never want to be part of the process, but they will always want to be the part of the outcomes. I'm wise enough to realize that the process is where I figure out who's worth being part of the outcomes.

I thank God for the pain and the struggles, cause the pain and the struggles made who I am today, the guy who will keep getting stronger every single day. Hustling seribu daya, by all means untuk berjaya. I'm still learning, hungry for knowledge and thirsty for experience. My big why will always be my motivation, my dreams will not stay as just dreams only. I'll keep my head in the game, follow my life game plan step by step. No unnecessary distractions for now, I'm totally not ready for any heart break or betrayals, so I'm totally avoiding any unnecessary risks.

The Alpha,
Gekozen.


Selamatkan dia atau selamatkan diri sendiri? // 8 Mar 2017
March 08, 2017
Aku tak suka jenis yang cakap belakang, sebab bagi aku takkan ada sebarang hasil. Dia tak tahu dan tak sedar salah dia dan kau takkan berhenti dari rasa sakit hati dia terus buat perkara yang sama. Ini soalan untuk kau jawab. Kau nak selamatkan dia atau kau nak selamatkan diri kau sendiri?

Apa maksud aku dengan kau nak selamatkan diri kau sendiri? Kau nampak dia menzalimi diri dia sendiri, kau terus berkata itu ini dengan orang lain. Kau berbincang itu ini tapi sekali pun, sekali pun kau tak pernah cuba duduk rapat dan bercakap dari hati ke hati dengan dia. Kau bercakap seolah olah kau peduli tentang dia, hakikatnya tak, apa yang kau peduli hanya diri kau sendiri. Kau bercakap tentang salah dia pada orang lain, tapi tidak pada dia. Sebenarnya kau langsung takda usaha nak bagi dia kesedaran dan kefahaman, segala kata kata kau hanya sebagai satu keyakinan bahawa kau lebih baik dari dia, seolah olah kau meyakinkan orang lain yang kau lebih mulia, seolah olah kau berkata pada Tuhan, dia lebih hina, pilihlah dia menjadi ahli neraka dan bukannya aku. Kau seolah olah menawarkan pengorbanan kepada Tuhan supaya kau terselamat. Itu bukan caranya. Kau silap, dan kau tak faham. 

Jangan lepaskan kalau betul kau kisah.
Jangan sisihkan kalau betul kau peduli.
Jangan menghukum kalau betul kau hargai.
Jangan menghina kalau betul kau kasihani. 

Salam,
Gekozen.


Kefahaman, satu kurnia. // 23 Feb 2017
February 23, 2017
Kefahaman, satu kurnia setelah kau lalu satu satu ujian dengan pengalaman rasa. Hikmah yang tersembunyi, yang biasanya kita ambil masa yang terlalu panjang untuk sedar. Kefahaman sesuatu yang berharga, sebagai satu bekalan untuk menghadapi ujian akan datang. Kefahaman satu kurnia yang menjadi kekuatan yang mendorong kau sedar dunia taklah seteruk mana.

Kalam hari ini bukan untuk sesiapa melainkan diri aku sendiri, sebagai satu medan untuk aku luahkan apa yang terlalu lama aku tanggung dalam hati, untuk aku lepaskan beban yang terlalu lama aku pikul. Menulis tetap cara terbaik untuk aku meluahkan tanpa sebarang hijab.

Setiap kali aku mula putus asa disebabkan ujian yang datang bertalu talu, aku imbas kembali ujian ujian lepas yang berjaya aku atasi. Aku fikirkan hikmah setiap satu, dan semakin kerap aku fikir, semakin banyak jawapan yang aku dapat. Kefahaman yang aku dapat, aku takkan sedar hikmah satu satu ujian yang tengah aku hadapi, hikmah tu aku sedar selepas aku berjaya atasi, jadi buat masa sekarang, yakin sahaja tanpa goyah bahawa ujian kali ini ada hikmah seperti ujian ujian sebelum ni.

Setiap orang mempunyai dosa yang berbeza, dan menjadi penjatuh hukum sesama makhluk bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Terlalu ramai yang lebih suka menjatuhkan hukum, cuba mengambil alih kerja Tuhan serta merta. Aku pernah jadi penjatuh hukum, aku tak ambil pendekatan hikmah dan mengenali isi hati. Mengambil hak Tuhan, aku rasa diri aku celaka. Aku rasa itu antara salah satu sebab kenapa Tuhan turunkan aku ujian, dan ujian tu merebahkan aku, jatuh tersungkur. Segala pakaian yang bukan hak aku, yang aku sarung, terlucut serta merta. Aku menghukum orang lain, aku rasa diri aku lebih baik, dan Tuhan susunkan aku jalan lalui perkara yang sama, dan akhirnya aku melakukan perkara yang dulu aku pandang hina. untuk aku lalu dengan pengalaman rasa, supaya aku faham sesuatu. Dalam usaha aku merenung diri, aku tak dapat nafikan satu hakikat, memang setiap perkara yang aku pandang hina dulu bila ada insan lain buat, Tuhan sungkurkan aku dan melakukan perkara yang sama, setiap satu perkara, tiada kecuali. Kefahaman yang aku dapat, Tuhan akan uji kau dengan perkara yang sama, perkara yang buat kau pandang insan lain dengan pandangan kehinaan, sebab dengan beraninya kau rasa diri kau dah beriman sebelum kau lalui ujian.

Jatuh tersungkurnya aku membuka mata hati aku yang selama ini terhijab dengan dinding yang aku sendiri bina, masalah yang berpunca dari diri sendiri. Kefahaman yang aku dapat, setiap orang ada sebab atas perkara yang mereka buat. Suasana yang berbeza, membezakan dosa kita. Menjatuhkan hukum tak menyelesaikan apa apa masalah, hanya lebih merumitkan. Silap besar bila kita hanya memberi hukum tapi tak memberikan jalan keluar. Kadang kadang kesedaran tu dah sampai, tapi keadaan sekeliling yang menghalang. Niat yang masih rapuh tu dihancurkan dengan pandangan pandangan kehinaan dari orang sekeliling yang masih menghukum atas kesilapan lampau, dan hilangnya orang orang yang  diharapkan boleh jadi tempat bergantung harap dan memimpin.

Tanam dan pasak dalam hati,
Jangan lupa diri.

Regards,
Gekozen.


Pantang hak dikacau, tak mengacau hak orang. // 12 Feb 2017
February 12, 2017
Aku hidup dengan 3 pantang;
  • Pantang family and orang orang yang aku sayang kena kacau, sebab tu aku tak kacau family and orang orang yang orang lain sayang.
  • Pantang orang koyak muka aku, sebab tu aku tak senang senang koyak muka orang lain,
  • Pantang orang ambil hak aku, sebab tu aku tak ambil hak orang.
Bagi aku, nak sesuatu kena korbankan sesuatu. Sebab tu aku faham konsep memberi untuk menerima, dan aku tolak ansur dalam hal ni. Aku mulakan langkah dulu, sebelum harap orang lain buat perkara yang sama. Aku hormat orang dulu, sebab aku harap aku dihormati.

Bila bercakap pasal hak, aku pegang konsep kena sedar kedudukan diri. Hak bukan hanya melibatkan skop kecil pada harta benda, aku pergi pada skop yang lebih besar. Bagi aku, aku lebih suka amik pendekatan sedar diri. Aku sedar diri untuk aku tahu hak aku. Hak sebelum aku nak bersuara dalam sesuatu hal, hak aku nak hukum orang itu ini, dan hak hak yang lain. 

Bagi aku, lebih baik sedar diri sebelum malu sendiri. Aku takut terambil hak orang lain, kadang kadang aku takda hak bersuara dalam satu satu perkara, aku takda hak nak ada perasaan marah, aku takda hak nak bersedih, aku takda hak hukum orang, dan aku takda hak nak menafikan sesuatu. Aku lebih berhati hati dan aku sedar dimana kedudukan aku, supaya hak aku tak diambil orang lain.


The blame is on me. // 27 Jan 2017
January 27, 2017
21 years of life, taught me so much lessons. The ups and downs in my life give me something to remember, I found remedy in things that give me pain, and I found pain in things that I think will give me happiness, that's really fucked up. Here I am, laying in my bed, accompanied with great music that helps my mind wanders, to write something so the weight that I've been hold up for too long will be lessen.

I find some difficulties in finding the right words to express my thoughts and my feelings. The wrong choice of words cause me despair and sorrow, as those words that I say doesn't help the others to understand a thing about me. They misunderstood me, so the blame is on me.

I got so much fear that keep holding me back, and it really sucks when I can't say the things that keep banging inside my heart and screaming inside my head. For me, saying the right thing in the right time is important. It's fucking hurt when I'm putting my best efforts and taking some time to gain strength before I express my own thoughts and feelings, but they don't believe everything that I said, they believe that it's no better than a lie. This cause me losing every resolve that I made. You can't fucking do this to me, but I know the blame is on me.

Experience is my best teacher. I learnt how to read someone's mind and feelings through their body language, their actions and by looking deep into their eyes. I can detect lies, broken heart, fragile mind, and fake act. I don't hold grudge, I want my heart to be at ease, and my mind deserve to be at peace, so most of the time, I just play along with their act. Those who use me for their own good, the pleasure is on me as I want to do something good to them, but they just blew their own chance to gain something greater that I wish to offer off. I'm letting myself to be used by others so they can be better, so the blame is on me, but I'm okay with that.




Expression of gratefulness. // 22 Jan 2017
January 22, 2017
I had some talks with my brother about our past last night. As time passes by, the smoke from our cigarettes start to fade, we start to talk about our past. After one to another stories, we finally realize the reach of our stupidity was beyond control. The feeling of shame immediately struck our heart as we start to remember every details. My brother and I can't actually believe that both of us really did those stupid things because of stupid reasons. Those stupid reasons really fucked us up, and cause terrible impact to our lives. However, we're grateful for every lessons that we had. We're grateful for those guys who willingly to accept both of us after what we had done to them, we're grateful that those stupid incidents doesn't last long, and we're grateful that my brother and I still have each other.

If you want to do something, ensure that it won't affect your future, it won't affect your savings and it won't affect your friendship and your bonding with your family. Don't fucking waste your fucking time, efforts and money carelessly. God bless you.




Bila dah tersungkur baru ingat Tuhan? // 9 Jan 2017
January 09, 2017
Bagi aku, bila dah tersungkur baru ingat Tuhan tu perkara biasa. Ujian tu Tuhan hadirkan dalam hidup kita supaya yang selama ni leka, selama ni terbuai dengan mimpi mimpi lena tersedar dan mengakui realiti dunia. Kalau seseorang tu memilih untuk kembali kepada Tuhan dan Tuhan menerima dia kembali, siapa kita nak berkata sebaliknya?

Dalam tak sedar, ramai tak percaya Tuhan. Antara kita membuang Dia terus dari hati, atau meletakkan Dia dalam maqam yang tak sepatutnya, memperkecilkan kemampuanNya. Ramai keliru dalam mencari jalan untuk menghilangkan beban yang dia tanggung, nak terus kuat dalam hadapi masalah yang ada, dan mencari bahagia walaupun seketika. Sesetengah orang, lagi dia tersepit lagi dia tak fikir panjang asalkan masalah dia cepat selesai, tanpa memikirkan adat, adab dan peraturan.

Baik atau buruknya seseorang bila kita menilai, tu hanya berdasarkan apa yang kita nampak. Pengetahuan kita yang terhad membataskan kefahaman kita tentang seseorang ataupun sesuatu perkara. Kekal bersama, jangan sisihkan. Perasaan terasing tu yang banyak menganggu jiwa seseorang dan menjadikan masalah sedia ada lebih teruk.

Sebab tu, kita sepatutnya terima dengan hati yang terbuka mereka yang baru ingat Tuhan lepas dah tersungkur. Kalau semasa dia di puncak dan kembali lupa diri, kitaran yang sama akan berulang sampai dia faham dengan jelas dan nyata. Jangan cuba ambil alih kerja Tuhan, dan jangan sampai lupa diri tu insan.